Salam Maulidur Rasul: Cinta Rasulullah Membawa ke Syurga

Pada hari ini, Ustaz berkongsi pasal cinta Rasulullah membawa ke syurga. Jom. Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah: Bilakah akan berlaku hari kiamat? Rasulullah menjawab: Apakah yang telah engkau sediakan untuk hari kiamat? Lelaki itu menjawab: Aku tidak menyediakan apa-apa melainkan aku mencintai Allah dan Rasul-Nya. Lalu Rasulullah bersabda: (di akhirat kelak) “Engkau akan bersama dengan orang yang engkau cintai.”

Mendengarkan hadis ini, Saidina Anas berkata: Aku tidak pernah berasa sangat gembira seperti gembiranya aku hari ini.” Aku sangat mencintai Rasulullah, Abu Bakar dan Umar. Aku berharap akan dapat bersama mereka di akhirat kelak sekalipun aku tidak mempunyai amalan seperti mereka. Tanda cinta Rasulullah ialah mengamalkan apa yang Baginda perintahkan dan meninggalkan setiap perkara yang Rasulullah larang.

   Semoga Allah membimbing kita.


    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Kompleks Masjid Al- Munawwarah dirancang sebagai sebuah pusat aktiviti sosial masyarakat setempat selain sebagai rumah ibadah.

    Kompleks Masjid Al- Munawwarah sedang dalam fasa awal pembangunan. Pihak pengurusan baru selesai membuat penyerahan hak milik tanah kepada tanah wakaf di bawah MAIK. Masih banyak dana yang diperlukan untuk pembinaan kompleks masjid ini.
    Untuk berwakaf ke Kompleks Masjid Al- Munawwarah, hulurkan ke

    Nama Akaun: KOMPLEKS MASJID AL-MUNAWWARAH
    Nama Bank: BANK ISLAM(BIMB)
    Nombor Akaun : 0301 8010 1847 51

    Info

    © 2023 Masjid Al-Munawwarah. All rights reserved. Managed by Barakah Digital