Cadangan saya membina sebuah masjid dilorong Pengkalan Che Senik, Kg.Kemudi, Bachok, Kelantan ini ialah kerana di kawasan ini tiada lagi masjid ataupun surau yang berdekatan.
Kalau adapun kedudukannya agak jauh diseberang jalan utama, Ianya bermasalah bagi warga emas atau orang kampong yang tiada kenderaan, ianya mengancang keselamatan terutama diwaktu malam atau waktu subuh kerana jalan keluar agak gelap dan sunyi.
Saya pernah diceritakan oleh seorang makcik semasa hendak pergi solat subuh ia diekori oleh budak motor sehingga hampir kepadanya, alhamdulillah ia sempat lari terus kemasjid. Bermula dari saat itu dia tidak lagi sembahyang jemaah dimasjid sehinggalah dia meninggal dunia.
Keadaan ini menyentuh jiwa dan rasa tanggujawab kepada diri ini untuk lakukan sesuatu.Hasrat ini disimpan dalam masa yang agak lama pernah juga disuarakan pada pihak- pihak tertentu tapi jawapan agak mengecewakan.
Pada tahun 2017 saya memohon pesaraan awal di usia 52 tahun. Alhamdulillah duit ganjaran itu dapat saya gunakan untuk membeli sebidang tanah yang kedudukannya di tengah - tengah antara lorong masuk dan sungai. Lorong ini berakhir dengan sungai.
Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT. Urusan pembelian tanah telah selesai dan tanah telah diwakafkan kepada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) manakala kami diberi kuasa untuk membangunkan tanah atau mendirikan sebuah masjid diatas tanah yang telah diwakafkan ini bersama-sama ahli jawatankuasa yang dipilih.