Kesan Meninggalkan al-Quran

Pada hari ini, Ustaz berkongsi pasal kesan meninggalkan al-Quran. Jom. 

1. Setiap Muslim hendaklah menjadikan al-Quran sebagai panduan dalam hidupnya. Setiap hari dibaca sebagai peringatan dan diteladani mutiara di dalamnya melalui bimbingan hadis Nabi dan huraian para ulama.2. Rasulullah menegaskan bahawa al-Quran akan memberi syafaat kepada umatnya di akhirat kelak. Di dunia pula, al-Quran berupaya membimbing manusia daripada terpesona dengan kerosakan tipu daya kehidupan. Sabda Rasulullah:

الْقُرْآنُ شَافِعٌ مُشَفَّعٌ ومَاحِلٌ مُصَدَّقٌ ، فَمَنْ جَعَلَهُ إمَامَهُ قَادَهُ إِلَى الْجَنَّةِ ، وَمَنْ جَعَلَهُ خَلْفَ ظَهْرِهِ قَادَهُ إِلَى النَّارِ

“Al-Qur’an adalah pemberi syafa’at yang diberi syafa’at. Al-Quran juga adalah pembela yang dibenarkan. Barangsiapa yang menjadikannya di depannya (panduannya) maka ia akan membimbingnya ke syurga dan barangsiapa yang meninggalkannya maka ia akan membawanya ke neraka.” (HR Ibn Hibban)

 3. Begitu mulia kedudukan al-Quran di sisi orang beriman sehingga diam mendengarkannya sahaja sudah berupaya menjadikan kita beroleh rahmat dari Allah. Firman Allah:وَإِذَا قُرِئَ ٱلْقُرْءَانُ فَٱسْتَمِعُواْ لَهُۥ وَأَنصِتُواْ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَDan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan bertadabur), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat.  (Surah al-A’raf: 204)

4. Ketika menghuraikan ayat ini, al-Imam al-Sa’di menjelaskan bahawa mereka yang mendengar al-Quran iaitu dengan menghadirkan hati mereka sambil bertadabur dengan isi kandung al-Quran itu, maka dia akan beroleh rahmat.

Kata al-Sa’di:

فإنه ينال خيرا كثيرا وعلما غزيرا، وإيمانا مستمرا متجددا، وهدى متزايدا، وبصيرة في دينه، ولهذا رتب اللّه حصول الرحمة

“Sesungguhnya dengan (mendengar dan bertadabur) seseorang itu akan mengalir padanya kebaikan yang banyak, ilmu yang lebat, iman yang berterusan, hidayah turut bertambah dan bimbingan dalam perkara agama. Atas dasar itu Allah meletakkan (mendengar al-Quran ini) sebagai sesuatu yang berupaya menyebabkan seseorang beroleh rahmat. 

5. Dan rugilah mereka yang tidak menjadikan al-Quran sebagai panduan. Mereka bukan sahaja berpotensi untuk tersesat dalam kehidupan dunia malah rugi di akhirat kelak. Jadikan al-Quran sebagai tatapan bacaan harian, pedoman yang perlu diteladani dan ditadabbur setiap hari.  

Semoga Allah membimbing kita.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Kompleks Masjid Al- Munawwarah dirancang sebagai sebuah pusat aktiviti sosial masyarakat setempat selain sebagai rumah ibadah.

    Kompleks Masjid Al- Munawwarah sedang dalam fasa awal pembangunan. Pihak pengurusan baru selesai membuat penyerahan hak milik tanah kepada tanah wakaf di bawah MAIK. Masih banyak dana yang diperlukan untuk pembinaan kompleks masjid ini.
    Untuk berwakaf ke Kompleks Masjid Al- Munawwarah, hulurkan ke

    Nama Akaun: KOMPLEKS MASJID AL-MUNAWWARAH
    Nama Bank: BANK ISLAM(BIMB)
    Nombor Akaun : 0301 8010 1847 51

    Info

    © 2023 Masjid Al-Munawwarah. All rights reserved. Managed by Barakah Digital