Berdoalah Buat Saudara Kita

Kami nak berkongsi pasal hadis mengenai berdoalah buat saudara kita. InsyaAllah.

Ingatkah kita bagaimana Rasulullah ﷺ bersungguh mendoakan kaum muslimin yang lemah yang dizalimi. Ketika sebahagian sahabat telah berhijrah ke Madinah, sebahagian yang lain telah ditahan oleh Quraisy dan dizalimi di Mekah. Lalu Rasulullah berdoa:

اللَّهُمَّ أنْجِ عَيَّاشَ بن أبي ربيعةَ، اللَّهُمَّ أنْجِ سَلَمَة بن هشامٍ، اللَّهُمَّ أنْجِ الولِيد بن الوليد، اللَّهُمَّ أنْجِ المُسْتَضْعَفِينَ مِنَ المؤمنين

“Ya Allah selamatkanlah Ayyash bin Abi Rabi’ah, selamatkanlah Salamah bin Hisham, selamatkanlah al-Walid bin al-Walid. Ya Allah selamatkanlah kaum yang lemah dalam kalangan orang-orang yang beriman.” (HR al-Bukhari)

Perhatikan hadis ini bagaimana Rasulullah ﷺ menyebut satu-persatu nama sahabat Baginda yang kesusahan, memohon agar Allah menyelamatkan mereka. Dalam situasi hari ini, berdoalah buat saudara kita yang kesusahan di luar sana. Sebut mereka dalam doa kita.

Pada tahun keempat Hijrah, Rasulullah ﷺ telah menghantar sekumpulan penghafaz al-Quran untuk membimbing dan mendidik ahli Najd membaca al-Quran. Namun mereka telah diserang dan dibunuh oleh ‘Amir bin al-Tufail dari Bani Sulaim dan semuanya terkorban di Bi’r Ma’unah.

Sedih dan geram atas apa yang berlaku, Rasulullah ﷺ mengangkat tangan kepada Allah, bermunajat selama sebulan berdoa agar dibinasakan kaum yang menyerang umat Islam. Rasulullah menyebut satu-satu kabilah mereka. Perkara ini direkodkan dalam al-Bukhari yang menyebutkan:

حَتَّى بَلَغُوا بِئْرَ مَعُونَةَ، غَدَرُوا بِهِمْ وَقَتَلُوهُمْ، فَقَنَتَ شَهْرًا يَدْعُو عَلَى رِعْلٍ، وَذَكْوَانَ، وَبَنِي لَحْيَانَ،

“Sehinggalah para sahabat (penghafaz al-Quran itu) sampai ke Bi’r Ma’unah, mereka telah dikhianati, diserang dan dibunuh, lalu Rasulullah mendoakan (kebinasaan) ke atas Ri’l, Zakwan dan Bani Lihyan.” (HR al-Bukhari)

Hari ini kita setiap hari mendengar berita pembunuhan yang berlaku terhadap saudara kita yang dizalimi. Rumah mereka dimusnahkan, tanah mereka dirampas malah anak-anak mereka dibunuh dengan kejam. Marilah bersama kita doakan agar Allah membantu mereka dan mengalahkan musuh Islam.

Semoga Allah membimbing kita.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Kompleks Masjid Al- Munawwarah dirancang sebagai sebuah pusat aktiviti sosial masyarakat setempat selain sebagai rumah ibadah.

    Kompleks Masjid Al- Munawwarah sedang dalam fasa awal pembangunan. Pihak pengurusan baru selesai membuat penyerahan hak milik tanah kepada tanah wakaf di bawah MAIK. Masih banyak dana yang diperlukan untuk pembinaan kompleks masjid ini.
    Untuk berwakaf ke Kompleks Masjid Al- Munawwarah, hulurkan ke

    Nama Akaun: KOMPLEKS MASJID AL-MUNAWWARAH
    Nama Bank: BANK ISLAM(BIMB)
    Nombor Akaun : 0301 8010 1847 51

    Info

    © 2023 Masjid Al-Munawwarah. All rights reserved. Managed by Barakah Digital