Rayuan Wakaf Untuk Pembinaan Kompleks Masjid Al-Munawwarah

Masjid Al-Munawwarah(MAM) Bachok memerlukan wakaf dan sumbangan anda bagi membina masjid, bangunan pentadbiran, perbelanjaan operasi harian, utiliti serta pengurusan.

Sasaran Dana ialah RM5,000,000

Jumlah kutipan semasa ialah RM 34,904.90 (dikemaskini pada 3hb September 2023)
Urusan Tanah
Urusan tukar hakmilik tanah sebagai tanah wakaf antara pewakaf dan pihak MAIK sudah selesai dibuat. Pembersihan tapak dan perlantikan arkitek juga sudah selesai.                  
Masjid 3 Tingkat
Pembinaan masjid 3 tingkat beserta dewan solat, dewan kuliah, bilik imam, dewan makan dan dewan serbaguna.                                                                                                           
Peralatan/Perabot
Pembelian pelbagai peralatan utama untuk kegunaan masjid seperti karpet, aircond, sistem audio dan sebagainya bagi keselesaan dan kegunaan program-program keagamaan.
Bangunan Pengurusan
Pembinaan bangunan 2 tingkat untuk pentadbiran/pengurusan masjid. Ia akan dijalankan pada Fasa 2 pembangunan.
Utiliti
Kos utiliti seperti bil elektrik, bil air dan sebagainya setiap bulan.                                                                            
Pengurusan
Servis dan pengurusan bagi melancarkan urusan masjid dan pengimarahan masjid. 
                      

Marilah Bersama Menyumbang Pada Dana Pembangunan Kompleks Masjid Al- Munawwarah

Tonton video penerangan dari Tuan Ahmad, pegawai Majlis Agama Islam Kelantan(MAIK) bersama Puan Norhayati Zakaria, pewakaf tanah untuk Kompleks Masjid Al- Munawwarah.

Wakaf Masjid Membawa Kebaikan Berpanjangan

Kompleks Masjid Al- Munawwarah dirancang sebagai sebuah pusat aktiviti sosial masyarakat setempat selain sebagai rumah ibadah.
Bermula dengan impian ingin melihat terbinanya sebuah masjid untuk kegunaan penduduk kampung, Puan Norhayati Zakaria telah mewakafkan tanah yang beliau beliau untuk tujuan murni ini.
Puan Norhayati dan pihak AJK berharap impian melihat pembinaan masjid ini direalisasikan amatlah besar. Dana awam amat diperlukan bagi menjayakan projek ini!

Apa harapan penduduk sekitar?

Mari kita dengar harapan dan pendapat anak-anak Kampung Kemudi yang merupakan lokasi Kompleks Masjid Al- Munawwarah sedang dibina dan dibangunkan.

Dari Jabir bin ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ بَنَى مَسْجِدًا لِلَّهِ كَمَفْحَصِ قَطَاةٍ أَوْ أَصْغَرَ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِى الْجَنَّةِ

“Siapa yang membangun masjid karena Allah walaupun hanya selubang tempat burung bertelur atau lebih kecil, maka Allah bangunkan baginya (rumah) seperti itu pula di surga.”

(HR. Ibnu Majah no. 738. Al-Hafizh Abu Thahir)

Sumbangan Online Memudahkan Urusan

Kami menyediakan kemudahan untuk membuat sumbangan secara sekali sahaja(one time off) atau secara bulanan menggunakan online banking(FPX), kad debit/kad kredit, Apple Pay, Google Pay dan GrabPay.

Ayuh. Marilah kita berwakaf sekarang!

5 Juta

Kos Pembangunan

2500+

orang penduduk sekitar

1

harapan

Berita & Post Terkini

Ikuti perkembangan terkini pembinaan dan pembangunan Kompleks Masjid Al- Munawwarah dan artikel dan perkongsian terbaharu.

Ganjaran Seumpama Pahala Haji dan Umrah

Pada hari ini, Ustaz berkongsi pasal ganjaran seumpama pahala haji dan umrah. Jom.  عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ…
Read more

Amalkan Doa Memohon Petunjuk

Pada hari ini, Ustaz berkongsi pasal amalkan doa memohon petunjuk. Jom.  Pada hari jumaat ini, kita selalu membaca Surah al-Kahfi. Salah satu perkara menarik yang diajarkan oleh Allah dalam al-Quran…
Read more
Kompleks Masjid Al- Munawwarah dirancang sebagai sebuah pusat aktiviti sosial masyarakat setempat selain sebagai rumah ibadah.

Kompleks Masjid Al- Munawwarah sedang dalam fasa awal pembangunan. Pihak pengurusan baru selesai membuat penyerahan hak milik tanah kepada tanah wakaf di bawah MAIK. Masih banyak dana yang diperlukan untuk pembinaan kompleks masjid ini.
Untuk berwakaf ke Kompleks Masjid Al- Munawwarah, hulurkan ke

Nama Akaun: KOMPLEKS MASJID AL-MUNAWWARAH
Nama Bank: BANK ISLAM(BIMB)
Nombor Akaun : 0301 8010 1847 51

Info

© 2023 Masjid Al-Munawwarah. All rights reserved. Managed by Barakah Digital