Ganjaran Seumpama Pahala Haji dan Umrah

Pada hari ini, Ustaz berkongsi pasal ganjaran seumpama pahala haji dan umrah. Jom.

 عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ

Daripada Anas bin Malik RA dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang solat subuh berjamaah  kemudian duduk berzikir sampai matahari terbit kemudian diikuti dengan solat dua rakaat, maka dia mendapatkan pahala seperti pahala haji dan umrah.” dia (Anas radliallahu ‘anhu) berkata, Rasulullah bersabda: “Sempurna, sempurna, sempurna.” (HR Tirmizi No: 535) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Ganjaran pahala berganda sentiasa disediakan kepada setiap Muslim yang menunaikan solat berjemaah khususnya di masjid.

2.  Barang siapa yang solat subuh berjamaah  kemudian duduk berzikir sampai matahari terbit kemudian diikuti dengan solat dua rakaat (solat isyrak atau duha), maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala haji dan umrah.

3.  Solat Isyraq bermula setelah matahari naik pada kadar segalah iaitu lebih kurang 1.5 meter atau kira-kira 12-15 minit selepas matahari terbit (12-15 minit selepas waktu Syuruk – BUKAN sebaik sahaja masuk waktu syuruk – waktu syuruk adalah waktu terbit matahari menandakan berakhirnya waktu solat subuh) (Rujuk Bughyat al-Muthatawwi’ fi Solaat al-Tathawwu’: 58). 

4.  Rasulullah mengulangi tiga kali kalimat “Sempurna” (dianugerahkan ganjaran seperti pahala mengerjakan ibadat haji dan umrah yang sempurna).Rebutlah peluang ganjaran pahala seumpama mengerjakan haji dan umrah.  


Semoga Allah membimbing kita.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Kompleks Masjid Al- Munawwarah dirancang sebagai sebuah pusat aktiviti sosial masyarakat setempat selain sebagai rumah ibadah.

    Kompleks Masjid Al- Munawwarah sedang dalam fasa awal pembangunan. Pihak pengurusan baru selesai membuat penyerahan hak milik tanah kepada tanah wakaf di bawah MAIK. Masih banyak dana yang diperlukan untuk pembinaan kompleks masjid ini.
    Untuk berwakaf ke Kompleks Masjid Al- Munawwarah, hulurkan ke

    Nama Akaun: KOMPLEKS MASJID AL-MUNAWWARAH
    Nama Bank: BANK ISLAM(BIMB)
    Nombor Akaun : 0301 8010 1847 51

    Info

    © 2023 Masjid Al-Munawwarah. All rights reserved. Managed by Barakah Digital