Salam Ramadan: Menyantuni Jiran & Senyuman Terindah

Pada hari ini, Ustaz nak berkongsi pasal 2 perkara kali ini.1. Santuni jiran2. Sentiasa Senyum

Islam menitik beratkan hubungan harmoni dan persaudaraan di antara satu sama lain. Manusia secara fitrahnya hidup bermasyarakat dan saling memerlukan antara satu sama lain dalam menjalani kehidupan. Muslim yang bertimbang rasa adalah merupakan manusia yang menjaga hubungan dengan jiran-jirannya.
Tidak kiralah bangsa atau agama, kita haruslah sentiasa menghormati dan menimbulkan perasaan ihsan apabila berinteraksi sesama jiran. Sifat toleransi dan tolak ansur yang dianjurkan Islam dapat menjadi asas hubungan yang baik sesama jiran.
Alangkah indahnya kesempatan Ramadan ini kita ambil untuk mengenali jiran kita dengan lebih rapat lagi. Bertukar juadah berbuka antara tradisi yang sentiasa memurnikan semangat hidup berjiran. Lagipun, kalaulah boleh kita rentas negeri beraya di kampung nanti, pastinya jiran-jiran kita berbesar hati menjenguk rumah kita seandainya ada bahaya menanti bukan?

Selain ini , dalam bulan yang penuh barakah, sedekah paling mudah tentunya melalui senyuman.
Nabi Muhammad SAW ketika hayat Baginda kaya dengan senyuman. Senyuman adalah kebajikan dan kebaikan yang paling mudah untuk dilakukan. Ia menggambarkan kebersihan dan keperibadian insan yang memberi senyuman.
Apa kata pagi ini mulakan hari anda dengan senyuman. Sapalah keluarga mahupun rakan anda dengan senyuman.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Kompleks Masjid Al- Munawwarah dirancang sebagai sebuah pusat aktiviti sosial masyarakat setempat selain sebagai rumah ibadah.

    Kompleks Masjid Al- Munawwarah sedang dalam fasa awal pembangunan. Pihak pengurusan baru selesai membuat penyerahan hak milik tanah kepada tanah wakaf di bawah MAIK. Masih banyak dana yang diperlukan untuk pembinaan kompleks masjid ini.
    Untuk berwakaf ke Kompleks Masjid Al- Munawwarah, hulurkan ke

    Nama Akaun: KOMPLEKS MASJID AL-MUNAWWARAH
    Nama Bank: BANK ISLAM(BIMB)
    Nombor Akaun : 0301 8010 1847 51

    Info

    © 2023 Masjid Al-Munawwarah. All rights reserved. Managed by Barakah Digital