Syurga Balasan Bagi Yang Sabar

🙏

Hari ni kami nak berkongsi sedikit hadis Syurga balasan bagi yang sabar. InsyaAllah.

Dalam Surah al-Insan, Allah menjanjikan Syurga buat Muslim yang bersabar terhadap segala ujian di dunia. Mereka yang bersabar dalam mentaati perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya turut dijanjikan syurga.

Menurut al-Dahhak, mereka yang bersabar dengan kemiskinan atau kekurangan duit (menahan diri daripada melakukan kejahatan) akan dibalas syurga.

Manakala Ata’ bin Abi Rabah (seorang Tabi’i yang terkemuka) pula mentafsirkan ayat ini sebagai sabar dengan kelaparan (akibat kesusahan hidup) turut akan mendapat nikmat syurga daripada Allah.

Oleh itu, pesan dalam diri masing-masing, andai kita mampu bersabar sedikit atas kesusahan dunia ini, Allah akan kurniakan syurga yang tidak ternilai di akhirat kelak.

Semoga Allah membimbing kita.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Kompleks Masjid Al- Munawwarah dirancang sebagai sebuah pusat aktiviti sosial masyarakat setempat selain sebagai rumah ibadah.

    Kompleks Masjid Al- Munawwarah sedang dalam fasa awal pembangunan. Pihak pengurusan baru selesai membuat penyerahan hak milik tanah kepada tanah wakaf di bawah MAIK. Masih banyak dana yang diperlukan untuk pembinaan kompleks masjid ini.
    Untuk berwakaf ke Kompleks Masjid Al- Munawwarah, hulurkan ke

    Nama Akaun: KOMPLEKS MASJID AL-MUNAWWARAH
    Nama Bank: BANK ISLAM(BIMB)
    Nombor Akaun : 0301 8010 1847 51

    Info

    © 2023 Masjid Al-Munawwarah. All rights reserved. Managed by Barakah Digital